Thursday, July 28, 2011

air goncang

i'm done having dinner with my family.
makan ayam bakar!!!hui!! lazat!!burpp!!
nak tau minum apa?? ha!! ni dy,, AIR GONCANG.
nama dy cam pelik kot tapi sedap gila.
air nie ala ala cool blog. ade campuran pearl. 
pastu perisa pun dekat-dekat sama la, cuma cool blog ade lebih banyak pilihan la.
ad perisa ; 
*Cappuchino

*Mocha
*Latte
*Milk Oreo
*Chocolate Oreo
*Chocolate Mint

*Ice Cream Blue

*Blue Coral
*strawberry
*Honeydew
*yam
*vanilla
 nak tau?? da seminggu ni tiap2 hari ak minum air goncang.
and my fav flavour semestinya, vanila, yam, n strawberry.
ak beli sampai 3 cawan setiap hari.
sebab nak rasa tiga2 perasa.
mak tanya " tu air sapa?" ak jawab "air akak la" mak tanya lagi "yang tu?" hehehe.. "akak jugak"
mak ckap banyak nyer minum bole abes ke??
bole jek, sebab sedap. 
ni cool blog. ak suke yam flavour.
tapi cool blog mahal sikit la kan.
air goncang?? hehehe. RM 1.00 je satu cawan.
ni air goncang. pembungkusan dy biasa2 je.
tapi sedap hingga termimpi2.


ak tertarik tengok cara dy buat. senang je nak wat sebab 

air goncang nie dye menggunakan gula pasir yang dikisar halus supaya ianya mudah larut dan sebati apabila digoncang. so just masukkan serbuk dy dalam bekas yang bertutup, masuk air, air batu, then shake it!!!

Wednesday, July 27, 2011

i can drive

apa perasaan korang bila mula2 dapat lesen?
aku?? aku konfem happy gila sebab dah lulus JPJ
and tak payah nak mengadap muka cikgu kelas memandu yang garang tu. 
tapi walupon dah lulus aku belum berani nak drive kereta tu jauh-jauh.
mcm trauma gitu. trauma pasal apa pon ak tak tau. da setaun lesen mcm xde gune.
terkebil-kebil je mata aku tengok kereta. nak drive ke tak??haha bengong.

maybe takut jadi camni kot. haha. mintak jauh la.
but now sempena cuti semester yang panjang gila ni!!
abah paksa ak drive kereta setiap hari. pergi ambik adik balik sekolah la, pergi kedai la,
n pegi mana2 lah yang abah suruh. kata abah "kalau takut bila nak pandai, x guna la ada lesen camtu"
hish!! kena sound bek punyer. aku bukan takut tapi seram la beb.
so secara rasminya sekarang aku da jadi driver tanpa gaji kat umah. LOL.
so setakat ni yang paling jauh ak drive from Kota Tinggi to Batu Pahat.
ada la dlam 2 jam lebih perjalanan. lalu highway kot.plak tu time tu banyak gila kenderaan. seram. a
bah kata "klau slow amik line kiri. nanti kereta belakangb marah"
hahaha. so ak pon jadi la siput babi kat line kiri. tapi x tahan beb asyik kena potong jek. 
xkan bas ngan lori potong nak rilex jek. hahaha.
aku pon tambah la kelajuan aku yang tak seberapa tadi hingga ke 110 km/j.
pastu abah cakap "jgn laju2 nanti kena speed trap."
hish!! tadi slow suruh laju, ni laju suruh slow.
lagipun before this jklu kat highway ak tgok abah rilex jek bwak 120 x kan aku x bleh kot. haha.
akhirnya ak sampai kat destinasi dgn jayanya!!!
alhamdulillah. 
p/s ; hahaha, kalau bawak manual tak tau la pas ke tidak. da lama x drive manual.
apepun tahniah untuk diri aku!!

Tuesday, July 26, 2011

jom spot check!!

Maxi, mini, slim, overnight, heavy flow, regular, wings…
Fuhh banyak tuh jenis2 pad yang ad…Tapi mana 1 yang bagus?
Ha!! Ni ak ad sedikit maklumat yang ak dapat dalam majalah yang aku baca:

Masa korang nak pilih pad, ap yang harus dititik beratkan adalah kadar menstruasi yang korang alami. Sebab, menstruasi yang dialami oleh setiap gurlz adalah berbeza. ada yang sikit, ada yang banyak. So pad yang disediakan adalh berbeza mengikut ketebalan dan keperluan yang berbeza.

Maxi@heavyflow- untuk hari2 kritikal n darah menstruasi yang keluar adalah banyak.
Mini@slim@regular- bila hari2 yang sedikit.
Overnight-Untuk waktu malam, sebab kan kdg2 kite tido lasak, so tak lah terkena pada cadar or baju korang.


*apepun ak lebih prefer pakai pads jenama kotex rather than others.
*sebaiknya gantilah pad 3 @ 4 kali sehari, supaya tidak dijangkiti bacteria dan bau yang tidak menyenangkan.


slim with wings. ak memang prefer jenis ni. comfortable. n tak bergerak2.


tapi skang da kuar yang colourful!! bukan sahaja selesa tapi cantik and cute miut!!

Monday, July 25, 2011

First AnD LasTs

Sampai je kilang abah. Zati msej!! *ringtone, dimana, dimana, dimana ku harus mencari, cinta yang sejati.. Hahaha,, ad sensasi ANNISA di situ. 
Zati Cendol; morning kay!!
KayRun ; (ak x reply sbb bru nak mandi)
Zati ; Miss kamu juga!! Pegi mandi yea nangka (cett pdahal bf dy yg nangka)
Kayrun ; Aikk, cpat zati bgun?? Abg Danial kejut je??
Zati ; haha, tade makne la, zati trbagun sndiri bosan.

Than dy suoh ak bace blog dy, sbb dy ad tagged ak..sentry bertajuk First and Last. so ak pon curi2 kluar dari kilang pegi balik rumah nak on9 jap.

*Last sms diterima harini ? bercakap mengenai ?
7.19 p.m. from Fathinah Hanem, dy ajak teman pegy medical check up.

*Last call dlm received call phone? hubungan dengan pihak itu ?
From mak cayang!!. of course la my mom.

*Last person called ? siapa dia?
My mom jugak, haha tanya dia balik tak makan tengah hari or tros g meeting.

*Last missed called. siapa?
Abah . orang yg selalu call and bagi mcm2 arahan. jgn lupa ni, jgn lupa tu, nati kunci kilang. jumpa orang ni, jumpa orang tu ;D

*Last lagu dengar sebelum on lappy ? siapa bagi or perkenalkan or ape maksud lagu itu?
Hilangkan segalanya. tade spe perkenalkan, mase tngah layan you tube, tetibe trdengar lagu tu. bez!! memberi semangat, kenape?? hahaha, hanya yg tertentu tau.

*First feeling dapat surat kolej and ape buat?
haha. first, dapat surat JMC (Johore Matriculation College)  la kot, batch 2009/2010. Mase tu x rase mcm nak pegipon. Sebab takut sangat. Hish!! METRIK?? SATU TAHUN plak tu. boleh ke?? Tapi setelah dipujuk oleh kedua ibu bapa ak yang amat ak sayangi ni ak pegi jugak la, hahaha, padahal da pasang niat nak amik F6 masa tuh. Tapi akhirnya pegi jugak. And now da lepas pon zaman metrik. Amin.

*First week kat kolej, apa jadi ?
op kos ak stress!! belajar cam keretapi. gila ah!! ak bukan robot nak sedut sume yg lecturer bagy macam tu jek, nangis je la kerja aku, hahaha.

*Okay habis cerita kolej, First time enter U, U apa, course ape and ape perasaan?
emm ni bez!! Sebab dapat apa yang ak apply, my fourth choice. Upm okayy la. cantik n sangat besar (bole gitu). Ak dapat further study in Bacelor Science in Human Resource Development. 3 tahun. gembira la. 

*First person meet dalam kos (girl) dan apa pandangan? bagaimana kenal?
Syafa Nadhirah n Nurhazimah la kot. kiteorang satu kolej and satu kos.  Ini pon mase ak turn dari blok P3, then tros tegur diaorang, seb bek dyorang okehh!! ZimZatKay. kiteorang dari matrik sama tapi tak pernah kenal. tp alhamdulillah sampai sekarang kami geng. bestfriend gitu.

*First person meet dalam kos (boys), first impression dan siapa dia pada anda sekarang?
okayy. emm YOGESWARAN, hahaha. 1st time tgok dy,,emm mak aihh!! tinggi gila mamat nih. first impression?? hahaha, 1st2 dy da nmpak okehh, orangnya ramah, and now still baik ngan dy. And sempat gak mintak dy no phone GOMAGAN (classmate yg same Penasihat akademik). 

*First orang yang ditegur dalam kos (lelaki&perempuan), dan apa dialog?
lelaki : YoGes la kot. "y0ges: apa tengok2?? Kayrun: tingginya. men sport ap?? yoges: cube teka??klu tinggi men ap? kayrun: x tau. Yoges: Volleyball la."
perempuan : haha. maisyara. ' sbb dy dtg lambat ' 

*First movie dengan geng baru, tarikh, tempat, masa ? *latest geng
hahaha!!ingat2. Legend Of The Fist Chen Zen. tgv mines, masa; malam, stelah seharian men bowling, karaoke, ngan zati, kaq yana, radhi, minah, yoges, yao, ming min, kwan, mamaye, lea, danial.

*Last orang kamu nampak sebelum cuti sem. siapa dia, keadaan dia?
haha. Pika ngan Zima. bestfren saye. dyorang sibuk nak pindahkan barang kat international college.

*Last time nampak ibu/mam/mummy/mak kamu?
8.00 pm tdi. beliau dari dapur nak masuk ke bilik, nak rehat katanya, penat. yok2 jek.

*Last movie/drama di tonton kat tv? pendapat?
mother and child. kat astro citra. sedih kot, tentang anak yang x pernah jumpa ibunya, sbb ibunya mgandungkan dy mase umo 16 thun so dy bagy ank tu kat org len, smpai la ank dy mati, dy still x dpt jumpa mak dy. T____T

*Last person yang kamu fikir dalam kepala, apa tujuan ?
radhi. tbe2 tringat dy da dftar kursus blom ek?? aritu dy blom leh daftar. lgypon ak bru jek bereskan pndaftran kursus ak so teringat la skali. 

*Last kenduri/ majlis keramaian hadir. siapa tuan rumah ?
hmm..sabtu malam ahad. Umah nenek kat kampung.tapi seb bek pakai catering so takde rewang2 sgt la, so tak penat.

*Tinggi/Rendah?
rendah dan sangat rendah ;P

*Hitam atau Putih?
hitam sebab smart. pelik jek soklan.

*Dua soalan diatas merujuk siapa?
 diri sendiri la. haha

*Malam tadi mimpi siapa? apa jadi?
adala. tpi mimpi tu pelik. tak leh cute sini ah. personel. hish tak suka mimpi tuh!!

*Last login fb, tengok profile siapa n siapa dia?
last log in, 7.45 pm. tengok profile miaa amira. my senior mase skoll dulu. tah tbe2 jek trbukak profile dy.

*Relationship status fb ?
single la -_____-

*Ringging Tone phone? First name in every letter dalam contacts, siapa pihak itu?
BERIBU SESALAN-3 SUARA (jac,ning,shila). mak aihh!!!banyak tuh.
A- Abah : op kos my abah yy juga my boss skarang!!
B- Bell : classmate form 5
C- Ce'a : hostelmate F1-F5
D- Dak Wan : classmate metrik
E- Ecot : pekerja abah yang sengal n juga kawan baru yang gendeng!! haha.
F- Faizul : pekerja abah jugak (smentara cuti sem). dy ni senyap jek. tp klu gaduh jadi juga. 
G- takda
H- Hajar : hostelmate
I- Iena : roomate kat P3 UPM.
J- Jeevan : classmate form 4 n form 5
K- Kadiq : junior yg gila!! rindu kat dy!!
L- Linda : classmate metrik.
M- Mak sayang : mak saye yang sntiasa busy n takde kat umah, sob,sob,sob.
N- Nab : roomate kat metrik. Rapat gila ngan dy mase kt metrik.
O- takda
P- Parimala : senior HRD.
Q- Qasha : classmate metrik
R- Riffah : member kat driving class dulu, haha,skang dy kat egypt smbung study medic!!! lame x jumpe.
S- Seha : classmate metrik.
T- Tamimi : classmate f4 n f5
U- Umah nadia : my bestfren punya gf. gayut pakai umah murah skit kot. 
V- vivien : classmate metrik.
W- Wira : top up.
X- takda lagi
Y- Yana : classmate f5
Z- Zharif : okay ni member teater. 
* Feelings kepada first and last person dalam list diatas ?
hahahaha.. A ; penat rupenyer kerja dengan dy Z ; takde ap2 feeling pon da lama x jumpa.

* First person to be tagged? ucapan?
tak pikir lagi. hahaha



Sunday, July 24, 2011

15 PeRkArA yg BUaT akU RaSa BeRsYuKuR.

1.       Aku still ada keluarga yang sayang kat aku dan bukannya anak yatim ataupun terbiar tanpa arah tuju.
2.       Aku masih sihat dan mampu bernafas..n everything’s free, don’t have to pay.
3.       Aku tak perlu tidur beralaskan bumi dan berbumbungkan bintang2 dilangit.
4.       Aku masih boleh dengar muzik, cium bau makanan yang sedap2 n bergosip sampai puas.
5.       Aku masih ada kawan2 untuk diajak untuk hang out waktu bosan2. (kaq yana, zima,zati,pika,minah,akmal, radhi,danial-thanks(*__*))
6.       Aku still dapat further study.
7.       Aku masih mampu ketawa bila ada orang buat lawak.*especially the  two sengal man!! MINAH KUMARI n RADHI HASIM
8.       Aku masih boleh menangis bila tengok sesuatu yang menyedihkan (walaupun halt u takde kena mengena ngan aku-so ni bermakna aku masih ada perasaan la kan??)
9.       Aku dapat hidup di negara  yang bebas perang (Malaysia ku)
10.   Aku dapat gunakan segala teknologi2 yang canggih dan buat hidup aku bertambah mudah.
11.   Aku berbeza dari orang lain, sebab dalam dunia ni tuhan dah cipta setiap insan tu akan berbeza dengan insan lain, walaupun kembar mesti ada bezanya.
12.   Aku masih boleh buat orang tertawa (rasanya tak ada yang lebih baik dari melihat orang gembira di samping kitakan??)
13.   Aku masih boleh makan, walau macam mana pokai pon.
14.   Aku masih ada tempat untuk mengadu masalah serta kesedihan yang aku hadapi.
15.   Dan yang penting AKU MASIH HIDUP SEHINGGA KE HARI NI DAN INI SEMESTINYA DAH CUKUP UNTUK BUAT AKU SANGAT BERSYUKUR.

p/s : Somewhere deep inside me is that girl I wish I could be. The girl that could have you in a matter of seconds and the girl that would be smart enough to never let you go

Friday, July 22, 2011

HeY SinGLe LaDies!!

Hype!!Kayrun here, lame dah tak update blog, dah bersarang blog ak nih, bukak je kluar sume labah-labah n serangga2 yang sewaktu dengannya. LOL!! Today rase nak tulis entry pasal diri aku yang still single mingle and available nih la,hahaha.
SINGLE!!?????
Emm memang la kadang2 agak menakutkan bunyinyer. Memanglah bila ad BF ni kata orang  boleh lah menambah warna-warni dalam kehidupankan (according to my friend la), tapi bukan bermakna hidup kita langsung tak de warna-warni tanpa BF. But for me pegang status tu tak la seram sangat kot, sebab kadang 2 jadi single ni sebenarnye lebih bertuah. LOL!! Ye ke??? Tak percaya?? Nak Bukti?? Jom Tengok!!

1) Bebas ngan Kengkawan – Ye la, bila ad BF, korang kenalah bagikan masa antara BF ngan bestfriend kan?? Tapi klu korang still single, tak payah la risau pasal tu sebab korang bebas nak kuar ngan bestfriend korang bila2 masa jek.

2) Tak ada polis@bodyguard pencen!! – Tau dyorang ni sapa?? Haha, BF korang la, ye la kan, soalan yang paling famous klu couple ni emm “kat mana ni?”, “dengan siapa”?,  “buat apa kat situ?”. Nak tak nak terpaksalah korang laporkan kat BF korang tu. Betul tak, kalu x bagitau merajuk plak kan??Tapi kalau korang single, korang bebas nak buat ape pon kan??(tapi yang bermanfaatlah n tak merosakkan diri korang sendiri)

3) Single itu jimat!! – Kalau ad BF mesti nak dating je kan??So confem2 la gune duit, memang la kadang2 BF belanja, tapi takkan la selalu kan?? Then tak perlu la risau pasal credit phone, jimat sbb tak perlu nak text or call BF korang tu all the time, kan gune duit tu.

4) Boleh make friend dgn sesiapa saja – Kalau still single, korang bebas nak kenal ngan sape saje. Korang bole la keluar tgok movie ngan kengkawan boyz korang bila2 jek (tapi masa kena betul la), takde sapa nak marah kan??


BTW, for me being single doesn’t mean that person are completely lonely in life, so its not a big deal la, because I still enjoy my life and have a lot of understanding friend even though, sometimes korang pon menyakitkan hati aku!!!LOL!!!(takdelah, korang memang bezz). Actually, both can be good, but single are more freedom. I think it’s better only become a couple when you really2 ready to have a commitment!!

So pade sesiapa yang still single and pernah dikatakan ‘tak laku’ tuh jangan la sedih. Bukan tak laku sebenarnya, just korang belum jumpe dengan seseorang yang sesuai sebenarnya. Janganlah rase rendah diri or malu bila berhadapan dengan kengkawan korang yang dah ad BF. Enjoy hidup sepuas-puasnya, ad banyak cara untuk membuat diri kita bahagia, dan INGAT!!Inilah waktunya untuk korang menunjukkan potensi diri semaksimum  boleh!!Korang bebas untuk untuk jadi diri sendiri dan gapai impian korang sendiri tanpa dipeNgaruhi sesiapa pun.#poyo giler!!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...