Sunday, May 10, 2015

BREAK UP AND MOVE ON

Assalamualaikum dear blogger,

Okay dah lama tak update blog yang sememangnya dah bersarang ni, tuptup bila updatec, cerita pasal break up pulak.  Secara khususnya going back to be single mingle and available bukan la senang. Transition process tu memang sakit sikit. (okay tipu-bukan sikit tapi banyak sebenarnya). Five months without him of course rasa lain sebab dulu  kalau weekend mesti  kiteorg akan spend time together pergi tengok wayang lah, makan lah, coffee lah, bowling lah dan sebagainya.

I still can remember when both of us decide nak break up, with reason yang dia dah tak boleh bagi komitmen and he believes that there’s someone else yang lebih baik for me.  Alasan tu aku rasa alasan paling TIPIKAL dan LAME sekali okay. Of course aku rasa marah sebab you know when you dah decide yang you akan setia dengan this one guy then suddenly without angin without ribut he just broke the promises macam tu je. So janji yang dia buat tiga tahun tu apa? SAMPAH? *bulan bintang kau janjikan – KNOCK KNOCK by Elizabeth Tan*

Masa tu kalau dia ada depan aku konfem dia dah kena cekik sampai tak bernyawa (baca–mati). Tapi bila fikir balik everything happened dah ditentukan oleh tuhan. Dia dah rancang yang terbaik untuk kita. Three months after broke up tu memang tuhan je yang tahu betapa tunggang terbaliknya hidup aku. Tapi okay apa ada experience putus cinta kan, bukan semua orang dapat kan. Haha. 

Bila korang experience break up ni memang banyak la kawan-kawan yang akan bagi nasihat bebas dan sebagainya. Tapi siapa yang pernah experience putus cinta ni tahap kefahaman dia terhadap perasaan orang yang putus cinta ni lebih baik berbanding orang yang tak pernah experience langsung. Sebab yang tak pernah experience ni biasanya akan bagi nasihat secara rasional yang dimana korang akan rasa susah nak hadam sebab bila korang putus cinta, system otak korang yang mengawal pemikiran rasional tu akan merundum kepada 20% atau mungkin kurang daripada tu. Nak tau sebab apa? Sebab korang sebenarnya berperang dengan emosi yang sah sah memang tak stabil dan dalam masa yang sama korang nak jadi cool and be rasional. Yes, don’t worry aku faham perasaan korang. Jadinya based on my experience aku nak share pasal benda yang aku buat lepas break up dengan kata lain perjalanan sebelum aku betul-betul move on. Nasihat aku kalau benda baik bolehlah korang ikot, tapi mana yang yang tak elok tu tak payahlah bangang abadi sangat nak ikut.

  1. Menangis puas puas sampai bengkak mata. (puas puas okay, bukan selamanya). Tak cukup menangis korang pergi tumbuk bantal ke kawan korang ke. Biasalah bila rasa frust of course nak lepaskan semua rasa tu. Kalau membunuh tu tak salah aku rasa ramai yang mati kena tembak lepas break up (hiperbola sangat ni).
  2. Balik kampung. Jumpa mak abah and fikir yang even korang dah kehilangan ex-boifren, korang still have parents and siblings yang tak pernah tinggalkan korang walau macam mana pon keadaan korang. Kalau banyak duit korang bolehlah pergi holiday.
  3. Share dengan kawan yang boleh dengar masalah korang. Nasihat aku jangan cerita dekat orag yang boleh tambah sakit kepala korang. *contoh; orang yang langsung tak ada experience putus cinta; orang yang overthinking; and orang yang lebih prefer tengok phone dia daripada tengok muka korang*
  4. Habiskan masa dengan kawan-kawan. Pergi minum coffee dengan kawan-kawan. Kalau tak minum coffee pergilah tengok wayang ke bowling ke picnic ke.
  5. Sambil tu ambil juga masa untuk be alone, aku banyak kali layan coffee alone then menangis (baca-tetibe rasa macam ada habuk masuk mata). It’s okay menangis je lah kau tak susahkan orang pun, ignore je orang sebelah yang pandang-pandang kau tu. Tapi jangan la sampai menangis jerit jerit segala, dikhuatiri  diorang call 999 bawa korang pergi Tampoi.  Jangan risau coffee tak memabukkan so korang takkan buat benda yang bukan-bukan. At least bau coffee tu membantu aku untuk lebih rileks.
  6. Okay ni option kalau korang jenis menangis dengan volume suara yang tinggi. Korang boleh capai kunci kereta and drive. Sepanjang drive tu bolehlah menangis kuat-kuat. Yang ni tahap lega dia lain macam gais, 70% rasa tu macam release.
  7.  Flirt to the fullest. Okay yang ni memang best. Sebab masa korang syok bercinta dulu of course korang akan setia gila babi (pendapat aku la). So kali ni bagi chance kat diri korang untuk flirt. TAPI TAPI TAPI hati hati ya, jangan sampai buat benda yang bukan-bukan sebab tu aku cakap jangan cuba yang ni kalau korang jenis yang lemah hati. Sebab korang tengah tak stabil, so perasaan yang ada masa tu bukanlah perasaan yang sebenar. Mungkin dalam flirt-flirt tu korang akan terjebak dengan yang namanya REBOUND RELATIONSHIP. Sesetengah orang akan gunakan rebound partner untuk heal hati diorang. Sebab rebound relationship sedikit sebanyak dapat distract korang dari fikirkan ex korang tu. Keburukkannya pula korang mungkin akan beralih arah bila dah jumpa orang lain yang lebih menarik. So kesannya korang akan menganiaya pasangan baru yang datang dekat korang tu. Takpon korang sendiri yang teraniaya  sebab individu yang korang flirt tu belum pasti niatnya jujur atau pun just nak suka-suka je. So masa tu tak ke korang rasa yang korang ni ibarat sudah jatuh di timpa tangga. Tambah masalah lagi.  So better jaga-jaga.
  8. Oh ya, tolong delete no ex tu. Yes memang kau ingat no dia, tapi padam je. Sebab bila kau dah berani tekan delete button tu maksudnya koarng dah one step ahead untuk move on okay.
  9.  Delete jugak  segala mesej dia.  Sebab selagi ada benda tu confirm korang akan baca berulangkali and macam-macam anggapan la yang korang fikir. Dan kesannya korang akan jadi OVERTHINKING! Tak payah salahkan diri lagi ye wahai gadis-gadis dan jejaka-jejaka sekalian. Nasihat aku buang SEMUA mesej tu. Turun dari buaian tu and hadapi reality.  
  10. Tukar handphone. Okay ni kalau tak mampu tak payah buat. Tapi aku tukar sebab aku nak dapat mood baru. Selalu text dengan dia pakai phone tu kan so bila dah tukar tu mood baru datang.  
  11.  Buang segala benda yang dia bagi masa korang bercinta dulu. Tapi kalau benda tu bernilai *laptop ke phone ke* janganlah buang, pergilah pulang kat dia, tak payah jumpa dia, just bagi pada kawan dia ke adik dia ke, or siapa-siapa la tak perlu korang jumpa dia. Kalau nak lagi kejam kau jual je, boleh dapat duit.  
  12. Unfollow semua insta, twitter and unfriend dia dekat fb kalau nak lagi mujarab, BLOCK terus. Nampak macm tak professional tapi meh sini aku khabar, bukan masalah tak professional ke apa, tapi itu je cara korang takkan amik tahu paasal dia. Sebab kau tak payah nak tipu yang korang boleh okay bila tegok dia update anything yang menunjukkan dia happy gila babi lepas break dengan korang. paling sadis bila baru dua hari break dia dah update in a relationship with komeng. Fuhh time tu korang akan rasa macam kena tembak dekat kepala (hiperbola lagi sebab aku tak penah rasa kena tembak pun). Kesimpulannya block je semua tu dan secara automatiknya korang tak akan ambil tahu pasal dia. Okay?
  13.  Mintak tolong jasa baik kawan-kawan korang tak payah cerita apa-apa pon pasal ex korang. Maklumlah kadang-kadang kawan-kawan kita ni kawan kepada ex kita jugak (maklumlah couple dengan orang satu class) so sometimes diaorang lupa yang kita tengah bengang dengan ex ni. Kawan tu pula jangan la jadi bangang abadi dok cerita pasal ex tu depan si mangsa putus cinta ni. Kesian la kat mangsa tu and gunakan sebaiknya system otak rasional korang tu.
  14.  BACA KITAB TERFAKTAB. Geng terfaktab ni macam tahu-tahu je apa yang aku rasa. Dengan membaca kitab ni  korang akan fikir banyak benda yang boleh drive korang kearah yang lebih positif (trust me on this).
  15. Ehem! Kalau boleh baca TERFAKTAB takkan tak sempat nak baca Al-Quran kan. Kata-kata dari Allah S.W.T inilah sebenarnya sebaik-baik nasihat yang patut korang dengar dan hayati.
  16.  YANG PALING PENTING! BACK to ALLAH. Dekatkan diri dengan tuhan. Luah semua pada ALLAH. Mintak Allah untuk bagi kita rasa tennag dan dapat memaafkan dengan sepenuh hati. Stop bernafas dengan kenangan lama and serahkan hati pada Allah. Kita sebagai manusia kena terima hakikat yang kita memang tak berjodoh dengan dia and memaafkanlah. Of course korang tak akan boleh buat benda ni dalam sekelip mata. Ambil masa dan ingat bila tak ada jodoh bukan sebab dia tak baik untuk kita atau sebaliknya. Tapi sebab dia sememangnya tak tertulis untuk korang di luh mahfuz sejak azali lagi. Sebab bila difikirkan balik banyak benda dekat dia yang aku rasa macam tak suit dengan aku tapi aku try adapt. Now tuhan dah tolong mudahkan kerja kita untuk cari orang yang lebih sesuai dengan kita. SEBAB ALLAH AKAN HANTAR ORANG YANG KITA PERLU BUKAN ORANG YANG KITA MAHU. 
  17. And after that, bolehlah korang MOVE ON dengan bergayanya. Alhamdullilah after five months I can considered myself as recovered hampir 80% and tak terlibat dengan gejala meroyan (eg; keep contact and merayu dekat exboifren; menangis nangis dekat ex boifren; ugut nak bunuh diri; jumpa adik ex boifren; jumpa mak ex boifren; etc). Mungkin ada yang berjaya dapat balik ex korang bila buat semua tu tapi kalau sampai nampak lagi teruk dan bodoh better tak payah buat. Dear wanita especially, please jangan meroyan gais, tak cantik langsung perangai meroyan tu. Sayang sayang jugak tapi jangan sampai memalukan diri sendiri. Yes memang la tak boleh nak lupa Ex kita tu macam tu je. Even kau dah anak lima pun kau akan ingat ex kau tu tapi atleast kau bangun dan MOVE ON. Bagi diri sendiri masa and jangan la sampai serik nak bercinta.


 “ Jodoh itu rahsia Allah, Sekuat mana  kita setia sehebat mana kita merancang, selama mana kita bersabar, sejujur mana kita menerima kekasih kita jika ALLah s.w.t tidak menulis jodoh kita dengan dia, kita tetap takkan dengan dia”

“Allah has already written the names of your spouse fo you. What you need to work on is your relationship with Allah S.W.T and He will send him/her to you when you’re ready. It only a matter of time”


Salam XOXO 10.05.2015

Sunday, April 27, 2014

schnizzle quizzle part 2

sebab aku dah rasa nak muntah buat chapter 1 jom kita sambung schnizzle quizzle. 

so hari ni aku nak share pasal capital city around the world. jom tengok : 

Afghanistan - Kabul
Albania - Tirana
Algeria - Algiers
Andorra - Andorra la Vella
Angola - Luanda
Antigua and Barbuda - Saint John's
Argentina - Buenos Aires
Armenia - Yerevan
Australia - Canberra
Austria - Vienna
Azerbaijan - Baku
The Bahamas - Nassau
Bahrain - Manama
Bangladesh - Dhaka
Barbados - Bridgetown
Belarus - Minsk
Belgium - Brussels
Belize - Belmopan
Benin - Porto-Novo
Bhutan - Thimphu
Bolivia - La Paz (administrative); Sucre (judicial)
Bosnia and Herzegovina - Sarajevo
Botswana - Gaborone
Brazil - Brasilia
Brunei - Bandar Seri Begawan
Bulgaria - Sofia
Burkina Faso - Ouagadougou
Burundi - Bujumbura
Cambodia - Phnom Penh
Cameroon - Yaounde
Canada - Ottawa
Cape Verde - Praia
Central African Republic - Bangui
Chad - N'Djamena
Chile - Santiago
China - Beijing
Colombia - Bogota
Comoros - Moroni
Congo, Republic of the - Brazzaville
Congo, Democratic Republic of the - Kinshasa
Costa Rica - San Jose
Cote d'Ivoire - Yamoussoukro (official); Abidjan (de facto)
Croatia - Zagreb
Cuba - Havana
Cyprus - Nicosia
Czech Republic - Prague
Denmark - Copenhagen
Djibouti - Djibouti
Dominica - Roseau
Dominican Republic - Santo Domingo
East Timor (Timor-Leste) - Dili
Ecuador - Quito
Egypt - Cairo
El Salvador - San Salvador
Equatorial Guinea - Malabo
Eritrea - Asmara
Estonia - Tallinn
Ethiopia - Addis Ababa
Fiji - Suva
Finland - Helsinki
France - Paris
Gabon - Libreville
The Gambia - Banjul
Georgia - Tbilisi
Germany - Berlin
Ghana - Accra
Greece - Athens
Grenada - Saint George's
Guatemala - Guatemala City
Guinea - Conakry
Guinea-Bissau - Bissau
Guyana - Georgetown
Haiti - Port-au-Prince
Honduras - Tegucigalpa
Hungary - Budapest
Iceland - Reykjavik
India - New Delhi
Indonesia - Jakarta
Iran - Tehran
Iraq - Baghdad
Ireland - Dublin
Israel - Jerusalem*
Italy - Rome
Jamaica - Kingston
Japan - Tokyo
Jordan - Amman
Kazakhstan - Astana
Kenya - Nairobi
Kiribati - Tarawa Atoll
Korea, North - Pyongyang
Korea, South - Seoul
Kosovo - Pristina
Kuwait - Kuwait City
Kyrgyzstan - Bishkek
Laos - Vientiane
Latvia - Riga
Lebanon - Beirut
Lesotho - Maseru
Liberia - Monrovia
Libya - Tripoli
Liechtenstein - Vaduz
Lithuania - Vilnius
Luxembourg - Luxembourg
Macedonia - Skopje
Madagascar - Antananarivo
Malawi - Lilongwe
Malaysia - Kuala Lumpur
Maldives - Male
Mali - Bamako
Malta - Valletta
Marshall Islands - Majuro
Mauritania - Nouakchott
Mauritius - Port Louis
Mexico - Mexico City
Micronesia, Federated States of - Palikir
Moldova - Chisinau
Monaco - Monaco
Mongolia - Ulaanbaatar
Montenegro - Podgorica
Morocco - Rabat
Mozambique - Maputo
Myanmar (Burma) - Rangoon (Yangon); Naypyidaw or Nay Pyi Taw (administrative)
Namibia - Windhoek
Nauru - no official capital; government offices in Yaren District
Nepal - Kathmandu
Netherlands - Amsterdam; The Hague (seat of government)
New Zealand - Wellington
Nicaragua - Managua
Niger - Niamey
Nigeria - Abuja
Norway - Oslo
Oman - Muscat
Pakistan - Islamabad
Palau - Melekeok
Panama - Panama City
Papua New Guinea - Port Moresby
Paraguay - Asuncion
Peru - Lima
Philippines - Manila
Poland - Warsaw
Portugal - Lisbon
Qatar - Doha
Romania - Bucharest
Russia - Moscow
Rwanda - Kigali
Saint Kitts and Nevis - Basseterre
Saint Lucia - Castries
Saint Vincent and the Grenadines - Kingstown
Samoa - Apia
San Marino - San Marino
Sao Tome and Principe - Sao Tome
Saudi Arabia - Riyadh
Senegal - Dakar
Serbia - Belgrade
Seychelles - Victoria
Sierra Leone - Freetown
Singapore - Singapore
Slovakia - Bratislava
Slovenia - Ljubljana
Solomon Islands - Honiara
Somalia - Mogadishu
South Africa - Pretoria (administrative); Cape Town (legislative); Bloemfontein (judiciary)
South Sudan - Juba (Relocating to Ramciel)
Spain - Madrid
Sri Lanka - Colombo; Sri Jayewardenepura Kotte (legislative)
Sudan - Khartoum
Suriname - Paramaribo
Swaziland - Mbabane
Sweden - Stockholm
Switzerland - Bern
Syria - Damascus
Taiwan - Taipei
Tajikistan - Dushanbe
Tanzania - Dar es Salaam; Dodoma (legislative)
Thailand - Bangkok
Togo - Lome
Tonga - Nuku'alofa
Trinidad and Tobago - Port-of-Spain
Tunisia - Tunis
Turkey - Ankara
Turkmenistan - Ashgabat
Tuvalu - Vaiaku village, Funafuti province
Uganda - Kampala
Ukraine - Kyiv
United Arab Emirates - Abu Dhabi
United Kingdom - London
United States of America - Washington D.C.
Uruguay - Montevideo
Uzbekistan - Tashkent
Vanuatu - Port-Vila
Vatican City (Holy See) - Vatican City
Venezuela - Caracas
Vietnam - Hanoi
Yemen - Sanaa
Zambia - Lusaka
Zimbabwe - Harare
 
selamat membaca. so boleh google map tengok kat mana negara-negara terletak dalam peta dunia. selamat mencuba! 

saya dan tesis

assalamualaikum !

tak jawab dosa, jawab sayang.  hahaha

saya dan tesis?

kenapa saya nak buat master tesis? sebab saya kena buat tesis la. haha. okay fine bukan senang nak buat tesis memandangkan i'olss ni actually tak buat pun final year project masa final year.

first time masuk class research method rasa macam nak keluar sebab semua benda pon aku macam tak tahu plus class pulak campur dengan Phd student yang memang meletopp habak hang!

sejujurnya untuk student yang tak berapa rajin macam aku ni macam agak mustahil la kau boleh siapkan thesis plus dengan kerja-kerja as research asssistant, tapi kenyataannya itulah yang perlu aku tunaikan sebagai pelajar.

khabar gembira dari supervisor yang mintak aku buat mix-method lagilah buat aku rasa macam nak terjun bangunan. tapi kata budak master science kan, takkan nak mengalah kot!
SEMANGAT!


Friday, January 4, 2013

schnizzle my quizzle part 1

hype! selamat petang semua. tajuk entry macam best. haha. (kalau best cakap la ye) =) 
okay, sempena menyambut hari kegembiraan setelah berperang dengan dua paper semalam, aku telah berjaya membuat hari bermalasa-malasan sedunia pada hari ni. aicehh. hahaha. aku bangun pagi dengan senyuman walaupun dah tak berapa nak pagi la sebenarnya =D. Bangun dan terus capai buku ni : 


buku ni aku beli masa wuwuwoof haritu (big bad wolf sebenarnya). So aku pun try la jawab mana-mana quiz yang aku boleh jawab then adalah satu soalan ni yang berbunyi : what is capital of Hong Kong? sumpah aku tak tahu dan dengan segera aku dapatkan bantuan talian hayat daripada pakcik google. disebabkan aku gagal jawab soalan tu aku terus amik kertas dan cabar diri aku untuk senaraikan sebanyak mungkin nama negara dalam dunia ni (usahkan capital, nama negara dalam dunia ni pun aku tak khatam lagi), thats why la aku mulakan dengan nama negara dulu. so ni jawapan aku sebelum aku semak kat pak cik google: p/s : jgn gelakkan aku, aku memang tak tahu banyak nama negara dalam dunia ni:
  1. Malaysia
  2. Singapura
  3. Indonesia
  4. Vietnam
  5. Laos
  6. Thailand
  7. Brunei
  8. Filipina
  9. United States of America
  10. Brazil
  11. Mexico
  12. Oman
  13. Austria
  14. Australia
  15. New Zealand
  16. Oman
  17. Finland
  18. Canada
  19. Egypt
  20. Trinidad and Tobago (baru tau bile tengok 1million money drop)
  21. Switzerland
  22. India
  23. China
  24. Korea
  25. Jepun
  26. Afghanistan
  27. Turkistan
  28. Turki
  29. Senegal
  30. Canada
  31. Saudi Arabia
  32. Denmark
  33. Colombo
  34. Nepal
  35. Portugal
  36. Bangladesh
  37. Italy
  38. Perancis
  39. London (United Kingdom)
  40. Syria
  41. Argentina
  42. Libya
  43. Zimbabwe - betul ke aku eja ni
  44. Ireland
  45. Republic Czech
  46. Jerman
  47. Somalia
  48. Afrika
  49. Iraq 
  50. Greece
  51. Jamaica
  52. Qatar
  53. Costa Rica
  54. Papua New Guinea
  55. Myanmar
  56. Nigeria
  57. Poland 
  58. Cambodia
  59. Pakistan
  60. Mozambique - aku baru tau bile tengok Johnny English
  61. Belgium
  62. Cameroon
  63. Bosnia Herzegovina - eh ye ke?
  64. Uganda
  65. Mongolia
Okay dah. Ini je yang aku ingat dan mungkin tahu setelah 30 minit memerah dan cuba mengorek idea di segenap ruang otak dan minda . Sejujurnya kalau aku nak ingat banyak negara, aku ingat FIFA! haha! sebab bila tengok FIFA macam-macam nama negara ada. So lepas tu aku pun pergi la google untuk dapatkan angka sebenar tentang jumlah negara dalam dunia ni. so as usual, macam-macam jawapan yang keluar. ada yang kata 194, 195, 196. Tapi menurut United Nations ada 192 buah negara sahaja yang berdaftar di bawahnya. See! punya la jauh dan teruknya pengetahuan geografi aku!, dapat listkan 65 je daripada 192. Half pun tak sampai. hikhikhik =P . so now jom pi google negara lain yang aku tak senaraikan tu  =)

XoXo ! 




Thursday, September 6, 2012

I'm Back

Hei. Hei. Hei. Assalamualaikum.

setelah sekian lama belog ini terbiar, hari ni tiba-tiba cik kambeng rajin nak bermadah di atas papan belog ni. hehe. Btw besok hari last cik kambing practical. Thanks god! haha. ni bukan suka sebab apa, tapi penat kan kerja ni. Alhamdullilah setelah hampir 12 minggu practikal ni cik kambeng takde masalah yang boleh buat rasa macam nak terjun bagunan pun, everythings okay and report LI pon ondaway dalam pembikinan. "pembikinan" sangat!

Actually cik kambeng happy sebab practical ni dapat kenal ramai kawan baru. haha. Kak Subha, Mr. Ken, Mr. Ravin, Kak Devi, Kak Ita, Kak Idah, Rihan, and banyak2 lagilah. They all ni memang kelakar gila, and paling tak boleh lupa Mr. Ken sebab dia panggil saya 'JUMPA LAGI' sebab tu je bahasa melayu yang dia ingat dan faham. Hope Mr. Ken boleh ingat bahasa melayu yang saya ajar and tak cakap bahasa melayu ni bahasa yang tergedik-gedik lagi. Actually dia yang jadikan bahasa tu jadi tergedik-gedik lepastu nak mengata bahasa I. Teruk tau! Haha!

Me: Satu
Mr. Ken : Satu
Me: Dua
Mr. Ken : Duar
Me: tiga
Mr. Ken: Tiger.
Me: Not tiger la. Tiga.
Mr. Ken: why?? It is wrong?  Ti....ga 

Mr. Ken : Kurangkan laju? Whats that means?
Me: Reduce Speed la Mr. Ken.
Mr. Ken: Owh. kurage laju (sepatutnya kurangkan, tapi bila dy sebut semua jadi musnah). kurage. kurage. kurage in colombo means monkey so that the sign board means monkey was driving.
Me: haha. bengong punya bos. suka-suka je dia ni. (nasib baik dia tak paham apa aku cakap)

Apapun thanks kepada staff-staff PVOSB yang sudi membantu cik kambeng sepanjang practical. Masa mula-mula datang nak gune mesin fotostat pun tak tahu. Hehe. Thanks also tu Kak Subha, supervisor yang sangat baik hati dan sangat sporting. Thanks to all of you. Muaahhhhssssss!

 


Saturday, November 26, 2011

MEREKA MENANG EMAS

Salam dear blogger, 

Memandangkan Sukan Sea baru sahaja melabuhkan tirainya beberapa hari yang lepas, so hari ini aku nak ucapkan sekalung tahniah kepada dua jejaka idaman hati pengarang jantung aku ni. Tahniah sebab dapat menang emas dalam acara masing-masing. I know korang dah berusaha bersungguh-sungguh and now kesungguhan korang tu dah berbayar. 



Tahniah Radhi Hasim a.k.a Adimak.





Tahniah juga dekat Akmal Amrun


Please be home early.  I miss you both so much. Ehem, assignment pun banyak ni. 



  







Sunday, November 20, 2011

SKBM Batch 1998-2003

CTRL + Click untuk gambaran lebih jelas.

He..he..he..certeka2 ak darjah berapa masa ni?? Haa..masa ni ak baru darjah 2 (da tulis pun kat atas tu).  Comel2 semua kan? hehe. Aku bersekolah rendah dekat Sekolah Kebangsaan Bandar Mas. Kat mana tu?? Kat Kota Tinggi la, my hometown ever. Hadoi! So sekarang nak cerita sikit tentang insan-insan penting yang aku da highlightkan dalam gambar tu. Yang aku tak highlight tu bukan tak penting cuma aku x berapa nak ingat la. sorry. 

Arrow MERAH: Yang ni cikgu aku. Nama beliau cikgu Syarifah. Beliau ni memang seorang yang sangat baik and jarang marah. Satu benda yang aku suka pasal beliau ni kan adalah beliau ni suka sangat bila da tiba di penghujung kelas, beliau akan ajar satu lagu. So kami ramai-ramai akan nyanyi lagu tu. Lagu-lagu yang beliau ajar semua lagu kanak-kanak la of course, kenalah bersesuaian dengan tema kami masa tu (kanak-kanak riang). Tapi sekarang beliau dah tak mengajar kat sekolah tu lagi (according tu anak dia la). 

Circle PINK: Aku lah. Hehe. Comel je kan? Kecik jek, tak macam sekarang. Haha. Dah double da. Certengok baju aku bukan warna putih kan?? Ha!! Nampak tak?? DARJAH 2 dah jadi pengawas, bayangkan lah betapa berkalibernya ak masa tu, darjah 2 cikgu da pilih jadi pengawas.Nampak x?? sikap kepimpinan yang ada pada aku ni dari kecil da di kesan. Hehehe!! (poyo).

Arrow BIRU: Nama dia Ezzan Haziq. Peh!! ingat lag aku kat mamat sorang ni. Hehe. Dia ni masa kecik mak aihh!! memang bulat. Comel kata ko. Haha. Tapi sekarang??? Fuhh!! macho gila!! Kurus dah. Tough plak tu. Cair mak!! Hahaha.. Nak tau cazmne ak leh jumpa dia? Ok. Masa bulan puasa haritu, aku pergila teman mak beli kuih, then bila tiba kat satu kedai air ni ak tengok macam kenal je mamat sorang ni. Rupa-rupanya si Haziq ni. So ak borak la kejap dengan dy. Actually cuti2 ni dy bisnes la, dapat la duit sikit kate dy. lepastu Yang x boleh blahh, boleh plak mak aku tertinggalkan semua kuih yang dia beli kat kedai air ni and kiteorang memang x perasan langsung. Dalam pukul 7.00 tiba-tiba ada sorang mamat bagi salam. Hahaha. rupa-rupanya si Haziq hantar kuih tadi kat rumah aku. Adess!! Malunya. apa la mak ni?? Buat malu jek kat abg hensem. Dy kata "tunggu2 x datang2 jugak, sebab tu la hantar kat rumah, nasib baik ingat rumah ko lagi" haha. Dy tanya "mcm mana boleh lupa?" haha. dengan selamba mak aku jawab. " Tengok haziq hensem sangat cik lupa" Haha. 

Arrow PINK: Nama dia Farizul Halim. Dia ni bolehlah dikategorikan sbg jejaka terhangat di pasaran masa sekolah rendah dulu . Ramai awek dia ni. Haha. Yang aku ingat pasal dia ni apa jek ek?Owh ak ingat dia pernah kena denda duduk or sembunyi belakang almari or something la, sebab x siap kerja matematik. haha. comel!!

Arrow COKLAT: Nama di Ainuddin. Dia ni tablemate aku. Sebab darjah 2 sampai darjah 3 aku memang duduk sebelah dia. Cikgu yang bagi tempat duduk. Cikgu kata biar duduk sebelah budak lelaki baru senyap sikit kalau tak asyik nak bercakap aje. haha. (MEMORI:  Aku selalu pinjam pensel dia then x pulangkan. haha. and dy tak marah pun)

Arrow HIJAU: Nama pak cik Mohd Sodiq. Ni pon kategori hot la dulu. Tak tau la hot tang mane. Budak kecik je kot. Maybe sebab dy anak cikgu kot. Haha. Dy ni memang comel, sampai sekarang pon dy comel. kan Diq kan??Haha. you hawt babe!! haha 

Arrow PURPLE: Nama dy  Rashid @ Acid. Dia ni kan senang sangat nak menangis. Kalau kena marah dengan cikgu sikit dah menangis. Hadoi. Sekarang dah tak kot. Haha

Arrow HITAM: Nama dia Nizam. Hish ak paling x boleh dengan dy ni. Masa sekolah dulu dy kalau bab bergaduh mulut memang terror. Haha. Sangat tak suka kalau bergaduh dengan dy memang ak kalah. Mulut macam MURAI. haha. walaupun dy lelaki. Tapi tu dulu la kot. Sekarang okay dah. Dy ni budak bijak, masa aku terjumpa dy lepas SPM dulu dy dah x becok lagi dah. Haha. 

Arrow KUNING: Ni Ikhwan Naim. Ni budak nakal masa sekolah. Ada je benda dia buat. Dia ni lah anak CIKGU SYARIFAH. 

Arrow PINK CAIR: Ni Farid. pon budak nakal. Mulut pun macam Murai walaupon dia lelaki. Tapi sekarang dy bakal cikgu. Haha. macam nak gelak je dengar. Selamat Berjaya la FARID NANDARI oi!!

Circle OREN: Nama dia Ain. Dia baru je kahwin masa kiteorang cuti sem aritu. Semoga berbahagia ye Ain.

Circle HIJAU: Ni Dina Farhana. Dulu aku selalu stay kat sekolah dengan dia sementara nak tunggu pergi sekolah kebangsaan. Ye la kan, sebab dulu sekolah agama pagi so daripada nak balik rumah baik stay je terus. Pastu kiteorang makan la sama2 bekal yang mak dy bawakkan, xpon beli la apa2 makan then makan sama2. 

Circle BIRU: Nama minah ni Izzati. Minah ni memang brutal sikit. Haha. Mula2 aku takut nak member dengan dy ni. Tapi lama2 ak jadi bestfriend dy sampai la darjah 6. 

Circle PURPLE: Nama dia Nur Shahila Farhah@shila@ella. Peh nama!! Ala2 Shila Amzah!! Haha. Dy kecik jek dulu masa sekolah. Keding jek. Tapi hawt ko. Darjah dua dah ad bf. Bf dy darjah 6 masa tu. X silap anak carwah Cikgu Naim. Fuhh!! Hawt kan?? Haha. (agak2 betul ke, just gosip jek??)

Circle BIRU CAIR: Nama dia Aryanna. Dia ni insan paling rapat dengan Farizul Halim yang arrow pink pekat tuh. Dyorang ni selalu pergi sekolah sama-sama. Comel jek. Dyorang ni sebnarnya berjiran sebab tu la selalu naik motor sama-sama. 

Circle COKLAT: Nama di Amira. Dia ni baik dan comel jek. Haha. Sory sebab x banyak yang aku ingat pasal dia.

Circle KUNING: Nama di Raihan@Yan. Dia ni kategori cun la. Dia ni la gf Sodiq masa darjah 2. Hahaha. Comel la korang ni. Kecik2 da pandai nak bercintan cintun. Cinta monyet la katekan. 

Circle HIJAU MUDA: Nama dia Nabila Huda@Bella. Dy ni pendiam sangat masa sekolah. Yang aku ingat masa darjah 6 aku duduk sebelah dia. Then after lebih kurang 7 tahun x jumpa, ak dapat tahu dy jadi junior aku plak kat UPM ni. Hahaha. kami memang berjodoh. haha. boleh macam tu??

Circle KUNING yang DUDUK: Nama dia Ashikin@ekin. Ekin ni budak paling bijak dalam kelas. Dy ni bestfriend dengan ella@shila. Macam belangkas dyorang ni, mana2 pergi mesti berdua. 

Circle HITAM: Ha!! yang ni another Izzati dalam class. Yang ni Izzati binti Ramlan@Ety. Dy x brutal macam Izzati yang lagi satu. Dia ni comel2 n baik jek.

Circle KELABU: Nurul Amira Sharif@miera. Dia ni anak cikgu jugak. Orangnyer sangat lemah lembut. Baik jek. 

Circle COKLAT CAIR: Nama dia Siti Fatunah@Tonah. Ni bestfriend ak gak masa seekolah rendah. Dulu rajin la jugak pergi rumah dia naik basikal buat homework. Cari benda2 yang nak digunakan dalam makmal untuk eksperimen. haha.

Circle MERAH: Ha!! Ni la si Nur Qhairunnisa@yun. Oleh kerana nama kami lebih kurang sama, telah timbul kekeliruan bila cikgu panggil nama kami. Akhirnya CIKGU SYARIFAH (arrow merah) ini la yang memulakan untuk memanggil sya K. dan dieja KAY. haha!! tapi kan yun x de plak orang panggil ko Q or QUE kae kan??ak yang melekat nama ni sampai la zaman degree. Sebab kalau ada orang panggil NIsa ak x alert langsung. 

Ni gambar masa darjah 6. Ni masa camping tahunan
Aku pengakap masa ni. FYI, kami semua berjaya perolehi KERIS GANGSA dalam persatuan pengakap sedunia okeh??
Tapi sayang, naik sekolah menengah, persatuan pengakap kat sekolah menengah aku x berdaftar dengan pengakap sedunia. so?? habis macam tu je la pingat tu. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...